Penjaga kubur dedah kebaikan Abam Bocey

Iklan
Paparan Instagram Ustaz Hanafiah tular di laman sosial.

GOMBAK -"Seorang perempuan membawa anaknya naik motor, merayu untuk masuk ziarah kubur Abam," Itu kata-kata penjaga kubur yang dikongsi oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek ketika menziarah kubur Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, hari ini.

Ustaz Hanafiah berkata, kisah itu berlaku jam 10.30 malam tadi ketika penjaga kubur mahu pulang ke rumah.

Iklan
Iklan

Ketika mahu menutup pagar, dia didatangi seorang wanita bersama anaknya menaiki motosikal.

Bertanya kepada wanita itu tujuan kehadirannya ke kubur Allahyarham, dia menceritakan kebaikan di mana sepanjang hayatnya, Allahyarham menampung segala perbelanjaan sekolah anak-anaknya.

Iklan

Kata Ustaz Hanafiah di Instagram miliknya, itulah kelebihan bersedekah apabila ramai mengingati kebaikan kita ketika tiada lagi di dunia.

Beliau juga sempat berkongsi pengalaman ketika solat jenazah Allahyarham Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid dan Pak Yus atau namanya Yussry Edoo di mana ramai menghadiri ketika pemergian mereka seperti mana pemergian Abam Bocey.

Iklan

Katanya, beliau meminta masyarakat mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarham iaitu bersedekah kerana jika kematian itu berlaku, amalan dan persiapan itu adalah bekalan yang akan dibawa.

Kata netizen, rossyjumma,"Allahuakhbar MasyaALLAH, luhurnya hati arwah...tangan kanannya memberi, tangan kirinya tak tau kebaikan yang dia buat. Betapa arwah tak menginginkan kemegahan bila membuat kebaikan."

Dalam pada itu, setakat jam 6 petang, perkongsian video berdurasi hampir 2 minit temu bual ustaz Hanafiah bersama penjaga kubur itu mencecah 52,306 tontonan.