Pejalan kaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan

Iklan
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan.

KULAI – Seorang lelaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Kilometer (KM) 22 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 6.05 pagi ketika mangsa melintas jalan di laluan tersebut.

Iklan
Iklan

"Keadaan itu membuatkan pemandu kereta Honda City, seorang wanita tempatan berusia 34 tahun, yang sedang dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru telah terlanggar mangsa.

"Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Iklan
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat manakala pemandu kereta berkenaan tidak cedera.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Iklan

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed menurusi talian 013-3063710 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.