Orang Asli Pos Gob mohon jambatan gantung, demi keselamatan seberangi sungai

Iklan
Sekumpulan penduduk Orang Asli suku Temiar terpaksa menyeberangi Sungai Puian untuk ke Kampung Gob. Foto Bernama

GUA MUSANG - Lebih 200 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari tiga perkampungan di Pos Gob memohon kerajaan membina sebuah jambatan gantung bagi membolehkan mereka menyeberangi sungai Sungai Puian di kawasan itu untuk aktiviti harian dengan selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Gob, Adi Liman berkata, setiap hari pergerakan melintas jalan sungai itu sudah menjadi rutin penduduk kampung terlibat termasuk golongan warga emas, wanita serta kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Penduduk di Kampung Tembaga, Kampung Lengrang dan Kampung Bercak berulang-alik melintas Sungai Puian untuk ke Kampung Gob yang menjadi laluan utama untuk keluar ke bandar dengan jarak hampir 100 kilometer dari penempatan.

Mereka yang menetap di Kampung Tembaga, Kampung Lengrang, dan Kampung Bercak perlu kerap melintasi sungai ini bagi menuju Kampung Gob, laluan utama mereka untuk ke bandar terdekat yang jaraknya hampir 100 kilometer. Foto Bernama

"Paras Sungai Puian akan meningkat dengan cepat ketika cuaca hujan, jadi penduduk akan berenang meredah arus sejauh lebih tiga meter untuk sampai ke tebing Kampung Gob," katanya kepada pemberita, pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, penduduk terpaksa membawa motosikal dengan rakit buluh untuk melintas sungai disebabkan ketiadaan laluan bagi dilalui kenderaan, dan pembinaan jambatan gantung pasti boleh menyelesaikan pelbagai masalah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Sapiah Mohd Nor ketika ditemui mengesahkan pembinaan jambatan berkenaan memang sedang dirancang pihaknya, malah beliau sendiri telah turun padang dan melihat sendiri kehidupan penduduk di penempatan terbabit. - Bernama

Iklan