Ugutan bunuh kes rasuah: Polis, SKMM bekerjasama kesan individu terlibat

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu yang membuat ugutan bunuh terhadap pemberi maklumat dikaitkan dengan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan mendapati mangsa menerima panggilan melalui panggilan WhatsApp daripada nombor telefon asing.

Iklan
Iklan

"SKMM telah dimaklumkan dan kami kini sedang bekerjasama bagi mendapatkan maklumat pemilik nombor telefon asing itu," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, penyiasat kini sedang mengenal pasti untuk merekodkan keterangan saksi berkaitan kes berkenaan.

Iklan

Tambahnya, buat masa ini hanya mangsa yang telah memberikan keterangan kepada polis.

"Kami sedang dalam proses dan merekodkan keterangan saksi bagi memudahkan siasatan lanjut kes ini,” ujarnya.

Iklan

Pada Rabu, polis mengesahkan pemberi maklumat yang mengutuskan surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaan skandal rasuah baru-baru ini menerima ugutan bunuh.

Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon melalui WhatApps daripada nombor tidak dikenali.

Dalam percakapan menerusi panggilan telefon itu, suspek yang dipercayai lelaki tempatan dikatakan telah mengugut dengan kenyataan mengaku daripada kumpulan pembunuh upahan.

Suspek menerima arahan untuk membunuh dalam masa 24 jam jika lelaki itu tidak tutup mulut dan suspek menyatakan panggilan ini adalah amaran terakhir kepadanya.