LBS berkolaborasi ceburi projek pembangunan fasiliti hidrogen hijau di Sabah

Iklan
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe (tengah) menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian MOU, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San (dua dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan(kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Invest Bhd, Dr Firdausi Suffian, Pengerusi Sabah Invest Bhd, Senator Tan Sri Anifah Aman (tiga dari kanan), Pengerusi SAFODA, Datuk Hamild Awang dan Pengurus Besar SAFODA, Bahrul Razha Chuprat.

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, hari ini dengan sukacitanya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Invest Sabah Berhad, Midwest Green Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA), di mana LBS berperanan sebagai pemaju utama di bawah MOU ini, sekaligus mengesahkan kepakaran LBS dalam projek pembangunan berdasarkan rekodnya yang cemerlang.

Rangka kerja MOU berkenaan merangkumi pembangunan dan pembinaan kemudahan pengeluaran hidrogen hijau yang berkeluasan 15,000 hingga 30,000 ekar di Kota Marudu, Sabah, menggunakan tenaga solar dan angin serta pembangunan taman perindustrian hijau di kawasan berpotensi di masa akan datang.

Iklan
Iklan

Kemudahan ini disasar untuk menghasilkan 10GW, yang mampu menjana lebih daripada 250,000 tan hidrogen hijau setiap tahun. Dengan lokasi yang unik, tanah di Kota Marudu itu mempunyai kelebihan tersendiri untuk penjanaan tenaga hijau.

Selain dari tahap sinaran matahari tertinggi di Malaysia, kawasan ini juga didapati mempunyai kelajuan angin yang konsisten, sekali gus menjadi lokasi ideal untuk pengeluaran tenaga boleh diperbaharui.

Iklan

Selain itu, tapak berkenaan berdekatan dengan pelabuhan, mempermudahkan urusan logistik eksport, memperkukuh potensinya sebagai hab tenaga hijau serantau.



Salah satu aspek penting dalam jalinan kerjasama ini adalah fokus strategik LBS dalam meneroka tanah yang luas di Kota Marudu ini menerusi kaedah yang selaras dengan matlamat kelestarian nasional.

Iklan

LBS bersama Midwest Green, akan berkolaborasi dengan Invest Sabah dan SAFODA untuk menjalankan kerja-kerja kajian tanah dan pemeriksaan tapak bagi mengenal pasti kesesuaian lokasi. Di samping itu, sebuah konsortium akan ditubuhkan bagi menyelaras pelbagai pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa yang berminat dengan projek yang berwawasan ini.

Pembangunan ini juga dijangka membuka laluan bagi taman perindustrian hijau di masa akan datang dan dijangka membantu mengetengahkan Sabah sebagai peneraju dalam tenaga hijau dan inovasi perindustrian.

Projek tersebut juga dijangka menghasilkan faedah ekonomi yang signifikan, termasuk mencipta peluang pekerjaan dan merangsang industri tempatan lain, yang akan memberi impak positif secara berterusan.

MOU itu juga turut dilihat sebagai titik permulaan untuk peluang kolaborasi dengan pelbagai rakan kerjasama tempatan dan antarabangsa, mengorak langkah penting bagi menampilkan Sabah sebagai pemain utama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San, berkata MOU berkenaan menegaskan komitmen syarikat terhadap pembangunan mampan dan agenda tenaga hijau Malaysia.

IR DR LIM HOCK SAN


"Memandangkan potensi tenaga boleh diperbaharui yang besar di Kota Marudu, LBS melihat projek ini sebagai mercu tanda yang akan memacu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah selain mewujudkan peluang pekerjaan yang berkekalan bagi komuniti tempatan.

"Kami bangga untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Invest Sabah, SAFODA dan Midwest Green dalam memacu pertumbuhan dan inovasi mampan,” katanya.