Kerajaan Kelantan akan jumpa Perdana Menteri bincang bina tembok sempadan

Iklan
Mohamed Fadzli (dua dari kanan) sebagai wakil menerima sumbangan tabung PIBG Maahad Muhammadi Perempuan daripada ibu pelajar. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan cadangan pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata, antara lain pihaknya juga akan berusaha mengutus surat rasmi kepada pemimpin itu dan kementerian yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Kami akan fikirkan kaedah sama ada surat rasmi ataupun akan pergi berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri dan kementerian yang terlibat untuk membincangkan soal keselamatan sempadan.

Beliau sebelum itu merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-23 dan Pelancaran Dewan Terbuka maahad berkenaan.

Iklan
Mohamed Fadzli (kiri) bersalaman dengan bapa para pelajar selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-23 Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga Pengerusi PIBG Maahad Muhammadi Perempuan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Narathiwat, Thailand hari ini (Khamis) dilaporkan bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk membina bina tembok sempadan di Sungai Golok bagi mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan.

Iklan

Mohamed Fadzli yang menerima berita itu melalui media sosial menyatakan penghargaan kepada pihak negara jiran juga Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham.

"Saya sangat mengalu-alukan sokongan ini dan berterima kasih kepada pihak negara jiran.

"Kelantan sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan Thailand dan Perdana Menteri sendiri dua, tiga bulan lepas berkunjung ke negara itu antara yang dibincangkan sudah semestinya masalah mengawal penyeludupan, jenayah rentas sempadan juga isu banjir,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Fadzli mencadangan untuk membina tembok melibatkan jarak lebih 100 kilometer berbanding pagar sempadan yang sudah lama dipasang di Sungai Golok.

Isi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan kerap kali dibangkitkan dan terkini susulan daripada kes enam rakyat negara ini termasuk seorang penyanyi wanita dikir barat moden Kelantan ditahan dengan penemuan 6,000 pil kuda di sebuah hotel di negara itu pada 1 November lalu.