Gunung Ibu di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi

Iklan
Gunung Ibu, yang terletak di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Khamis, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi tiga kilometer (km) dan menyebabkan amaran penerbangan kedua tertinggi dikeluarkan.

JAKARTA - Gunung Ibu, yang terletak di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Khamis, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi tiga kilometer (km) dan menyebabkan amaran penerbangan kedua tertinggi dikeluarkan, menurut Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi.

Letusan berlaku pada jam 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Penduduk telah dilarang melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan radius lima km dari kawah dan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka apabila melakukan aktiviti di luar rumah.

Notis penerbangan telah dikeluarkan dengan tahap amaran oren, amaran kedua tertinggi yang melarang penerbangan di sekitar Gunung Ibu.

Iklan

Gunung Ibu setinggi 1,325 meter merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. - Bernama/Xinhua

Iklan