13 warga asing guna pas lawatan sosial kerja di restoran

Iklan
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam serbuan berkenaan. - Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan seramai 13 warga asing atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di di premis makanan di sini.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, kesemua warga asing berkenaan ditahan dalam serbuan Op Selera yang dilakukan di sebuah premis makanan yang tular di laman TikTok ketika ini.

Iklan
Iklan

"Kesemua warga asing yang ditahan melibatkan 13 lelaki warga Indonesia berusia 20 hingga 32 tahun.

"Kesemua yang ditahan didapati telah melakukan kesalahan di bwah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Iklan

Sementara itu dalam serbuan berasingan, Mohd Rusdi berkata, seramai empat lagi warga asing melibatkan seorang lelaki warga Pakistan berusia 22 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita warga China masing-masing berusia 22 hingga 40 tahun.

"Mereka ditahan di sebuah restoran makanan kerana bekerja dan tidak memiliki dokumen yang sah.

Iklan

"Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.