Sukan Para ASEAN Filipina tangguh lagi

Iklan
Gambar kecil: Megat D Shahriman Zaharudin

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengesahkan penganjuran Sukan Para ASEAN ke-10 di Filipina sekali lagi terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak koronavirus.

Megat D Shahriman berkata, beliau menerima surat daripada Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina, Michael Barredo yang menyatakan penangguhan itu selaras cadangan Suruhanjaya Sukan Filipina sebagai langkah perlu atas faktor keselamatan.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan delegasi Filipina sudah ke Bangkok bagi bertemu dengan Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF), Mejar Jeneral, Osoth Bhavilai untuk mengusulkan beberapa perkara.

"Perkara pertama yang diusulkan adalah mereka mengesahkan bahawa akan menunda sekali lagi Sukan Para ASEAN tetapi tanpa menetapkan tarikh atau jangka masa.

Iklan

"Kedua, delegasi itu akan memaklumkan tarikh baharu kepada semua negara 60 hari sebelum temasya berkenaan bermula," katanya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Untuk rekod, Filipina satu-satunya negara di luar China dan Hong Kong yang mencatatkan kematian akibat virus itu.

Iklan

Sukan Para ASEAN ke-10 yang dijadualkan berlangsung daripada 18 hingga 24 Januari terpaksa ditangguhkan kepada 20 hingga 28 Mac berikutan penganjur berdepan masalah kewangan dan logistik dan terkini berkemungkinan akan dianjurkan pada Mei atau Jun depan.