Bayi 'pilih' 11.11 jam 11 pagi untuk melihat dunia

Iklan
Pasangan berkenaan merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran selepas ini. Foto Agensi

JAKARTA - Seorang bayi lelaki dilahirkan pada tarikh dan waktu yang 'cantik', pada 11.11 2024 tepat jam 11 pagi.

Menyifatkan itu sebagai ketentuan ALLAH, ibu bayi lelaki itu, Laila Nidaul Janah gembira kerana anaknya itu dilahirkan dalam keadaan sihat.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya bahagia sekali dapat melahirkan anak pertama ini," katanya kepada wartawan pada Rabu.

Bayi seberat 2.3 kilogram itu dan 47 sentimeter panjang dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di Hospital Sidareja Cilacap.

Iklan

Ibu dan ayahnya, Abdul Rohman merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran selepas mereka pulang dari hospital kelak.

Difahamkan bayi itu merupakan anak sulung pasangan berkenaan. -Agensi

Iklan