Kejar akhirat, dunia akan mengikut

Iklan
KEJARLAH akhirat dan dunia pasti akan mengikut kerana apabila kita memulakan kehidupan atau pencarian rezeki dengan satu hubungan yang kuat dengan ALLAH SWT, maka banyak perkara yang akan terjamin. -Foto: CANVA

Tidak abaikan kewajipan ALLAH walau diri sibuk cari rezeki, urusan hidup

ADAKALANYA kesibukan dalam mencari rezeki dan mengurus rutin seharian membuatkan kita hanyut dibuai pesona dunia hingga terlupa kepada ALLAH SWT.

Hakikatnya, semua itu adalah kurniaan daripada MAHA ESA dan tidak boleh sesekali kita sebagai hamba-NYA mengabaikan kewajipan kepada Tuhan.

Iklan
Iklan

Peringatan itu ada dijelaskan menerusi surah al-Jumu’ah yang antara lain menyeru manusia menunaikan kewajipan solat walaupun sibuk mencari rezeki dan urusan dunia tidak pernah habis.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT:"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu’ah: 9)

Iklan

Tiada panggilan lebih penting selain menyahut seruan Ilahi itu bagi menyempurnakan kewajipan kita.

Apakah perkaitan antara menunaikan solat dengan kurniaan ALLAH SWT? Benarkah apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengikut sama?

Iklan

Tinggalkan urusan dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama Al-Juwaini, Ustaz Ahmad Syamil Esa menjelaskan, ada sebab mengapa ALLAH mengakhiri suruhan untuk pergi menunaikan solat Jumaat dan meninggalkan jual beli dengan menyatakan ‘itu yang terbaik bagi kamu’.

USTAZ AHMAD SYAMIL

"Hakikatnya, kalaulah kita mengetahui (bahawa tidak terkiranya) nilai akhirat yang kamu dapat dengan usaha untuk pergi solat Jumaat itu, kita pasti akan buat persiapan serapi mungkin kerana besar nilai rahmat ALLAH SWT yang turun pada hari Jumaat.

"Ketahuilah, kemuliaan hari Jumaat itu menguasai segala keuntungan atau imbalan-imbalan duniawi yang dilihat secara zahir,” katanya ketika menjadi panel dalam program Siri 11 Sinar Al-Jumu’ah Khas 2024 bertajuk ‘Kejar akhirat, dunia ikut’ baru-baru ini.

Program terbitan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu dikendalikan Ketua Pegawai Penyelidiknya, Ustaz Fazrul Ismail dan turut menampilkan pakar kewangan, Shamsuddin Kadir sebagai panel, selain qari, Ustaz Abdul Khair Jalil.

DARI kiri: Fazrul, Shamsuddin, Ustaz Ahmad Syamil dan Ustaz Abdul Khair ketika program Siri 11 Sinar Al-Jumu'ah Khas 2024 bertajuk 'Kejar akhirat, dunia ikut' yang disiarkan di platform media sosial Sinar Harian baru-baru ini.

Seperkara lagi, pendakwah itu menjelaskan, maksud ‘jual beli’ pada ayat di atas bukan sekadar merujuk kepada urus niaga sahaja, tetapi juga melibatkan segala perkara yang menyibukkan diri daripada kewajipan solat.

Usai mendirikan solat Jumaat sebagaimana dinyatakan pada ayat tadi, jelas Ustaz Ahmad Syamil, ALLAH menyuruh hamba-NYA bertebaran di muka bumi bagi menjalankan urusan masing-masing dan mencari kurniaan-NYA pada bait-bait kalamullah berikutnya.

"Ayat itu dan ayat ke-132 dalam surah Taha memberikan konotasi bahawa ketika berjual beli, kena ada ‘rehat’ sekejap untuk ke masjid bagi memperbaharui keazaman Tauhid dan hubungan dengan ALLAH.

Betulkan hala tuju

Melihat pernyataan itu, ujar beliau, jelaslah bahawa ALLAH SWT mengajar hamba-NYA memulakan pencarian rezeki dengan solat bagi memperbetul hala tuju.

Solat itu ibarat ‘pengawal’ buat diri yang sedang mencari rezeki dengan cara yang diredai oleh ALLAH SWT dan menikmati kurniaan-NYA, ungkapnya.

SOLAT ibarat ‘pengawal’ buat diri yang sedang mencari rezeki dengan cara yang diredai oleh ALLAH SWT dan menikmati kurniaan-NYA. -Foto: CANVA

"Apabila kita memulakan kehidupan atau pencarian rezeki dengan satu hubungan yang kuat dengan ALLAH SWT, maka banyak perkara yang akan terjamin.

Kepada mereka yang masuk ke pasar atau platform jual beli, Ustaz Ahmad Syamil mengajarkan sepotong doa agar berhati-hati berbelanja dan tidak lupa diri.

Doa yang dimaksudkan ialah La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir (Tidak ada Tuhan selain ALLAH, tidak ada sekutu bagi-NYA, milik-NYA segala kekuasaan dan bagi-NYA segala pujian. DIA MAHA KUASA atas segala sesuatu).

SESIBUK mana pun kita dengan urusan pekerjaan mahupun rutin harian, usah sesekali abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH SWT. -Foto: CANVA

"Apa yang kita hendak beli adalah rezeki daripada ALLAH SWT. Jadi kita betulkan asas masing-masing sebagai seorang Muslim iaitu tidak membazir, berlebihan, mengikut trend dan sebagainya.

"Islam tidak menghalang kita membeli atau menjadi kaya, tetapi agama itu membetulkan neraca mengapa kita mahu beli itu dan ini kerana semuanya termasuk dalam kerangka sebagai persembahan di hadapan ALLAH SWT (kelak),” ungkapnya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata:"Islam telah memberikan satu neraca jelas terhadap nilai dunia dan akhirat.

”Dengan adanya surah al-Jumu’ah itu, ia mengembalikan kita untuk membesarkan nilai yang sepatutnya, begitu juga sebaliknya,” ungkapnya.