Netflix umum kenaikan harga kuat kuasa 14 November

Iklan
Netflix mengumumkan kenaikan harga langganan di Malaysia, berkuat kuasa pada Khamis. Foto AFP

PLATFORM perkhidmatan penstriman Netflix mengumumkan kenaikan harga langganan di Malaysia, berkuat kuasa pada Khamis.

Kenaikan itu meliputi pelan Mudah Alih, Asas, Standard dan Premium.

Iklan
Iklan

Pelan Mudah Alih yang sebelumnya boleh didapati pada harga RM17 sebulan, kini menawarkan kualiti penstriman 480p menggunakan tablet atau telefon pintar berharga RM18.90.

Pelanggan juga boleh menikmati 720p Pelan Asas yang berharga RM29.90 sebulan, naik daripada harga sebelumnya iaitu RM28.

Iklan

Pelanggan yang berkongsi pelan Standard atau Premium dengan orang di luar rumah juga perlu membayar RM13 sebulan untuk setiap individu berkenaan.

Yuran tambahan tersebut akan dikenakan kepada pemegang akaun utama.

Iklan

Kenaikan berkenaan juga dijangka memberikan kesan kepada harga pakej tambahan Netflix di bawah pelbagai penyedia telekomunikasi dan televisyen berbayar.

Bagi pengguna Astro, pihaknya memberitahu pelanggan yang mempunyai Netflix dalam pelan televisyen tidak akan mengalami sebarang perubahan harga sehingga 1 Mac tahun hadapan.

Bagaimanapun, individu yang membayar harga tambahan untuk Netflix melalui Astro akan dapat melihat perubahan harga baharu di kitaran bil seterusnya, pada atau selepas 21 November 2025.