Wanita warga asing maut jatuh bangunan

Iklan

AMPANG - Seorang wanita warga asing ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartment di Pandan Perdana di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan laluan kenderaan di bawah bangunan itu pada jam 5.33 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa berusia 25 tahun itu ditemui berpakaian lengkap dalam keadaan terbaring.

"Polis menemui selipar dan telefon disyaki milik mangsa di kawasan parkir kenderaan di tingkat tujuh. Tiada sebarang kesan atau unsur jenayah yang ditemui di tempat kejadian," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Iklan

Noor Azmi berkata, mangsa telah berkahwin dengan lelaki warga tempatan dan tidak mempunyai anak.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah consistent with fall from height.

Iklan

"Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.