Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!

Iklan
Tyson menampar lawannya, Jake Paul sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi esok.Foto Stadium Astro

MIKE Tyson tidak sabar untuk memakai sarung tangan tinju apabila menampar lawannya, Jake Paul ketika bertemu empat mata buat kali terakhir sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi Sabtu.

Pernah dikenali sebagai 'Baddest Man on the Planet', Tyson yang berusia 58 tahun itu kembali ke gelanggang buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun untuk bertinju secara profesional berdepan Paul dalam pertarungan yang dinanti-nantikan di Stadium AT&T.

Iklan
Iklan

Ketika kedua-dua petinju ini sudah tidak sabar untuk bertukar tumbukan, Tyson, yang yang mempunyai berat 228.4 paun, menghampiri Paul kemudian menampar petinju berusia 27 tahun itu di muka sebelum memberitahu,"masa untuk bercakap sudah tamat." - Astro Arena