Projek Sabah: NGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

Iklan
Zulkarnain ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyelar tindakan individu yang mendedahkan video berkaitan dengan rasuah kepada umum tanpa menyerahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan telah menimbulkan persepsi negatif kepada mereka yang terlibat dan juga undang-undang negara ini.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan pengetahuan saya, (negara) kita mempunyai akta yang melindungi pemberi maklumat yang mana ia masih lagi terpakai sehingga sekarang," katanya menerusi sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, pada Jumaat.

Tegas beliau, pihak yang mempunyai maklumat sepatutnya terus menyalurkannya kepada SPRM.

Iklan

"Kita ini bukan Korea Utara di mana pemberi maklumat tidak selamat apabila membuat laporan.

"Jika beri alasan diugut bunuh, saya pun pernah menerima ugutan sama tetapi saya tidak dedahkan maklumat kepada umum, hanya SPRM sahaja yang tahu," jelas beliau.

Iklan

Justeru katanya, beliau membuat satu laporan agar SPRM menyiasat individu tersebut yang didakwa memiliki maklumat perbincangan rasuah antara ahli perniagaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai lesen projek di Sabah.

"Saya buat laporan supaya SPRM menyiasat individu ini kerana tidak melaporkan mengenai maklumat yang dimilikinya," ujar Zulkarnain.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendedahkan terdapat ada lapan video daripada pemberi maklumat mengenai hal tersebut.

Peguam kepada pemberi maklumat itu berkata, anak guamnya bersedia memberikan bukti kepada SPRM jika agensi antirasuah itu boleh memberi jaminan bahawa dia tidak akan disiasat.