Tak sempat seludup PATI, kereta terbabas ketika dikejar polis

Iklan
Gambar hiasan

KUBANG PASU - Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI ) warganegara Myanmar tumpas ketika cubaan masuk ke negara ini selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditahan polis, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, ketika kejadian unit MPV Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kubang Pasu sedang membuat rondaan sekitar daerah itu.

Iklan
Iklan

Katanya, mereka kemudian terserempak sebuah kereta jenis Chery warna hitam yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan susur keluar lebuh raya Malau arah selatan.

"Ketika dihampiri pemandu kenderaan terbabit bertindak memecut kenderaan sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum terbabas ke bahu jalan di simpang tiga menghala Asun, Jitra," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, pemandu kereta terbabit yang juga warga tempatan berusia 28 tahun itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

"Kesemua mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani," katanya.

Iklan

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Manusia 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah boleh di penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali atau tidak lebih dari enam sebatan," ujarnya.