Perang di Lubnan akibatkan kerugian berbilion dolar - Bank Dunia

Iklan
Bank Dunia menganggarkan perang di Lubnan setakat ini menyebabkan kerugian ekonomi hampir AS$5.1 bilion kepada negara itu. Gambar fail

WASHINGTON - Bank Dunia menganggarkan perang di Lubnan setakat ini menyebabkan kerugian ekonomi hampir AS$5.1 bilion kepada negara itu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Selain itu, kerugian akibat kerosakan harta benda dianggarkan mencecah sekitar AS$3.4 bilion, dengan hampir 100,000 unit kediaman musnah atau rosak, menurut bank itu pada Khamis.

Iklan
Iklan

Kira-kira 166,000 orang di Lubnan hilang pekerjaan akibat konflik antara Israel dan Hizbullah yang bersekutu dengan Iran.

Konflik itu dianggarkan mengurangkan pertumbuhan KDNK sebenar Lubnan sekurang-kurangnya 6.6 peratus pada 2024.

Iklan
Iklan

Sebelum perang bermula, Bank Dunia menyifatkan krisis ekonomi Lubnan yang bermula pada 2019, sebagai antara yang terburuk di dunia sejak pertengahan 1800-an. - Bernama