KUALA LUMPUR - Hujan lebat melanda ibu kota bermula jam sekitar jam 2 petang Jumaat dan masih berterusan hingga kini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihati pengguna jalan raya sentiasa waspada dan berhati-hati di jalan raya.
Menurutnya, petugas DBKL sedang memantau situasi semasa dengan beberapa kawasan seperti Jalan Pudu, Jalan Sultan (Petaling Street) dilaporkan mula dinaiki air.
Pada masa sama, pihaknya memaklumkan paras air di sungai-sungai utama sehingga jam 2.45 petang masih di paras normal dan terkawal.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kemas kini setakat jam 2 petang memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku sehingga jam 5 petang di beberapa kawasan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
Kawasan lain terlibat termasuk Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Selain itu, Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin) Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Bagi kawasan Sarawak: Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi) manakala Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).