Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak

Iklan
Keadaan motosikal milik mangsa dalam kemalangan di Kilometer 408 Lebuhraya Utara-Selatan di Hulu Selangor pada Khamis.

HULU SELANGOR - Perjalanan pulang seorang anggota polis bantuan dari tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebuah kereta dalam kejadian dipercayai langgar lari di Kilometer 408 Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam menuju rumahnya di Hulu Selangor.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya pada jam 6.02 pagi menerusi kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

"Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun dipercayai terbabas sebelum hilang kawalan.

Iklan

Katanya, mangsa kemudiannya ditemui di kawasan semak berkenaan kira-kira 300 meter dari lokasi motosikal miliknya.

"Mangsa ditemui kira-kira jam 7.50 pagi, Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.

Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.