KJ, Hot FM berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu

Iklan
KJ dan Johan bergambar kenangan di puncak Gunung Kinabalu.

MISI pasukan Bekpes Hot FM menawan Gunung Kinabalu akhir berjaya apabila tiga daripada empat penyampai slot pagi itu iaitu Khairy Jamaluddin (KJ), AG dan Johan tiba di puncak setinggi 4,095.2 meter dari aras laut pada jam 6.15 pagi.

Bukan itu sahaja, Hot FM turut melakar sejarah baharu apabila bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu melalui kempen Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu pada 14 dan 15 November 2024.

Iklan
Iklan

Pencapaian ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai rekod baharu kerana belum pernah ada stesen radio di Malaysia yang melaksanakan siaran langsung seumpamanya.

Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan, berkata, kejayaan Bekpes Hot dalam mendaki puncak Kinabalu merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Iklan
Hot FM turut melakar sejarah baharu apabila bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu melalui kempen Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu pada 14 dan 15 November 2024.

"Semangat juang dan kekeluargaan KJ, Johan, dan AG dalam memberi sokongan kepada Fara Fauzana yang gigih tiba di Laban Rata walau menempuhi banyak cabaran adalah bukti setiakawan mereka.

"Matlamat kempen ini adalah untuk membuktikan bahawa Hot FM lebih daripada sekadar stesen radio dengan menyahut cabaran mendaki Gunung Kinabalu sambil bersiaran langsung tanpa henti.

Iklan

"Ini juga memperlihatkan daya tahan dan inovasi teknikal stesen dalam memastikan sambungan siaran terus berjalan lancar sepanjang pendakian," katanya dalam satu kenyataan.

Pendakian Bekpes Hot terdiri daripada penyampai popular KJ, Johan, Fara, dan AG, disertai oleh beberapa rakan ekspedisi termasuk Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin; Ketua Perubatan Sukan Selangor FC selaku pegawai perubatan yang memantau serta penasihat kesihatan untuk ekspedisi ini iaitu Doktor Hazwan Khair; pelakon Ozlynn Waty dan kru Hot FM.

Mereka memulakan pendakian dari Timpohon Gate di Taman Kinabalu pada 14 November, jam 8.30 pagi dan tiba di Panalaban Base Camp pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut sekitar jam 6.58 petang.

Selepas berehat, mereka menyambung perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu pada jam 3 pagi, 15 November. Bagaimanapun Fara tidak meneruskan perjalanan bersama rakan-rakan lain ke puncak Gunung Kinabalu disebabkan faktor kesihatan.