Tempoh inkubasi koronavirus boleh cecah 24 hari

Iklan
Seorang penduduk bertindak menyarungkan beg plastik menutup kepalanya di luar pusat beli-belah di Wuhan sebagai usaha membendung penularan koronavirus. - FOTO: AFP

WUHAN - Kajian terbaharu berdasarkan data dikumpulkan daripada lebih 1,000 pesakit koronavirus di China mendapati tempoh inkubasi untuk virus tersebut adalah selama 24 hari dan bukannya 14 hari seperti diumumkan sebelum ini.

Laporan tersebut dihasilkan oleh kira-kira 36 penyelidik dari hospital dan pusat perubatan di China yang diketuai oleh Dr Zhong Nanshan, seorang ahli epidemiologi yang menemui koronavirus SARS pada 2003.

Iklan
Iklan

Selain itu, terdapat tempoh inkubasi median paling singkat iaitu tiga hari berbanding 5.2 hari yang dianggarkan sebelum ini.

Penyelidik, Guan Weijie berkata, hanya dalam kes jarang berlaku tempoh inkubasi koronavirus tersebut boleh mengambil masa sehingga 24 hari namun waktu pengasingan ke atas pesakit disyaki tidak perlu dilanjutkan.

Iklan

Penyelidikan mereka adalah berdasarkan sampel 1,099 pesakit koronavirus yang diambil dari 552 hospital di seluruh China dengan usia median 47 tahun.

Dalam kalangan sampel itu, 2.09 peratus adalah kakitangan perubatan manakala 43.95 peratus adalah penduduk Wuhan yang menjadi pusat epidemik wabak tersebut.

Iklan

Difahamkan, penemuan yang diterbitkan menerusi arkib atas talian, medRxiv pada Ahad lalu itu boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk menyasarkan kontak rapat dengan pesakit koronavirus. - Agensi