Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan gaji

Iklan
Amirudin pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada Jumaat.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bayaran pertama akan diterima pada 30 Disember ini dan kedua pada 25 Mac depan sempena Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia sebagai penghargaan kepada warga penjawat awam yang turut sama membantu dalam mencapai beberapa rekod yang boleh dibanggakan.

"Untuk keseluruhan tahun 2023, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 bilion, iaitu sebanyak RM406.1 bilion.

Iklan

"Tambahan kepada itu, nilai dan pungutan hasil melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun melalui pandemik Covid-19," katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada Jumaat.

Katanya, kedudukan kewangan negeri turut meningkat sebanyak RM751 juta kepada RM4.36 bilion.

Iklan

"Kesemua ini adalah hasil tekad, usaha dan komitmen seluruh pasukan, ketua jabatan termasuk pegawai-pegawai di kesemua sembilan daerah merangkumi 12 pihak berkuasa tempatan.

"Sebagai penghargaan saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan yang akan dibayar pada 30 Disember ini dan 25 Mac depan," katanya.