Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'

Iklan
Pasukan bomba dibantu pegawai perubatan memberi bantuan CPR kepada salah seorang mangsa yang berjaya dibawa naik ke tebing oleh orang awam di Gopeng. Foto ihsan Bomba Perak

GOPENG - Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa termasuk seorang wanita merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menjalani kursus pengukuhan kerja berpasukan (team building) di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang.

Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa berjaya dinaikkan ke tebing sungai oleh orang awam.

Iklan

"Dua mangsa berjaya dinaikkan di tebing berhampiran Kampung Pintu Padang namun, mangsa lelaki disahkan meninggal oleh pasukan kesihatan manakala seorang wanita masih tidak sedarkan diri.

"Anggota kemudian memberi bantuan CPR (Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari) dibantu pegawai kesihatan terhadap mangsa wanita sebelum disahkan meninggal dunia.

Iklan

"Mangsa ketiga berjaya dinaikkan kira-kira 400 meter dari lokasi pertama turut disahkan meninggal oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Sayani berkata, kesemua mangsa akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.