Skandal rasuah ADUN Sabah: Belum ada penjelasan - Shahelmey

Iklan
Laporan muka hadapan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Shahelmey Yahya

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya enggan mengulas lanjut berhubung satu video yang mengaitkan dirinya berhubung dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Video yang didedahkan menerusi satu portal berita memaparkan Shahelmey yang juga ADUN Tanjung Keramat bersama seorang individu dipercayai ahli perniagaan yang sebelum ini mengaitkan ADUN Sabah terlibat rasuah.

Iklan
Iklan

"Belum ada (penjelasan)," katanya kepada Sinar Harian ketika ditanya mengenai video yang mengaitkannya itu.

Shahelmey merupakan ADUN keempat yang didedahkan selepas video berdurasi satu minit 42 saat dimuat naik pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari yang merupakan ADUN ketiga yang didedahkan menerusi video yang dimuat naik pada Khamis tidak berjaya setakat ini.

Dua lagi ADUN yang didedahkan sejak Isnin lalu ialah ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob melalui rakaman audia didakwa suara miliknya dan ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang melalui video yang turut memaparkan wajahnya.

Iklan