Imam tertinggal rukun khutbah, solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau tidak sah

Iklan
Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 November lepas, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah. Gambar hiasan.

SEREMBAN - Solat Jumaat bagi kariah di 16 masjid sekitar Rembau pada 8 November lepas, ditafsirkan tidak sah susulan khatib dilaporkan tertinggal satu daripada rukun khutbah.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daerah Rembau perlu membuat pemakluman berkenaan kepada masjid terbabit agar menggantikan dengan menunaikan solat Zohor dengan segera.

Iklan
Iklan
Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin

"Khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah Jumaat, 8 November lepas. Pesanan bertakwa kepada ALLAH adalah rukun khutbah Jumaat dan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab.

"Jika khatib tidak membaca rukun ini dengan bahasa Arab di dalam khutbah itu, maka khutbahnya adalah tidak sah," kata dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, masjid terlibat ialah Masjid Kariah Pekan Pedas, Masjid Kariah batu 17 Chembong, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pedas Tengah dan Masjid Kariah Durian Daun.

Turut terlibat Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Kundur Hulu, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Sawah Raja dan Masjid Kariah Senama.

Iklan

Beliau berkata, isu tersebut tidak berlaku di daerah lain setakat ini. - Bernama