Adakah AJL TV3 akan jadi program 18SG, 18PL?

Iklan
Persembahan kontroversi Aina Abdul dan Drama Band.

Selama 34 tahun bersiaran di kaca televisyen, Anugerah Juara Lagu (AJL) telah menjadi antara program wajib tonton rakyat Malaysia. Pendek kata dalam tempoh itu, AJL telah menjadi satu program tontonan keluarga.

Tidak terkecuali keluarga dan rakan-rakan Merak Jalanan.

Iklan
Iklan

Namun tahun ini, prestij AJL telah ditenggelami dengan kontroversi ibarat peluru datang bertalu-talu. Baru persembahan artis kedua, garis masa Twitter sudah mula kecoh dengan gimik penyanyi muda, Aina Abdul.

Pada pertengahan lagu, gimik 'darah merah' keluar dari bahagian leher Aina dikatakan secara tidak langsung mempromosikan perbuatan bunuh diri.

Iklan

Debat AJL malam itu makin panas apabila kumpulan Drama Band pula muncul membuat persembahan.

Merak Jalanan pun terkejut besar, malah ada anak kawan Merak Jalanan yang melihat penyanyi Drama Band, Epul dengan wajah ngeri, mata terjojol serta gigi tajam berlari ketakutan. Kontroversi Drama Band tambah panas apabila elemen satira pada hujung persembahan tanpa berselindung memperlekehkan beberapa individu termasuklah bekas Perdana Menteri dan isteri.

Iklan

Bagi Merak Kayangan sebagai sebuah program televisyen untuk tontonan keluarga yang berklasifikasi Umum, pihak produksi TV3 harus memastikan AJL bebas daripada gimik keterlaluan.

Bagaimanapun apa yang mengejutkan apabila pada pihak produksi seolah-olah bersikap lepas tangan.

Pada satu sidang media, pihak pengurusan mendakwa produksi AJL tidak mengetahui gimik kontroversi yang dibuat pada saat-saat akhir.

Sukar untuk Merak Jalanan percaya pada sebuah acara sebesar AJL pihak produksi tidak tahu persembahan artis.

Merak Jalanan bimbang jika AJL terlalu larut dengan gimik melampau, pada tahun-tahun seterusnya siaran AJL bukan lagi untuk program TV tontonan keluarga.

Atau lebih tepat lagi mungkin sudah berklasifikasi 18SG atau 18PL sebagai panduan dan amaran kepada penonton mengenai kandungannya.