SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu berjimat cermat bagi memanfaatkan peruntukan yang diberikan kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tiada keperluan untuk menggunakan dana berkenaan bagi perkara yang tidak perlu seperti baju korporat pada setiap program.
"Mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet KPKM di Wisma Tani, Putrajaya, hari ini. Mesyuarat membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan keterjaminan makanan, kemajuan sektor pertanian dan langkah strategik bagi mengukuhkan rantaian bekalan makanan negara.
"Bang Mat turut memperingatkan setiap jabatan dan agensi di bawah KPKM untuk berjimat cermat dengan peruntukan yang diberikan.
"Tidak perlu membuat baju korporat untuk setiap program, cukup dengan baju korporat yang boleh dipakai sepanjang tahun," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan bahawa beliau mahu pelaksanaan inisiatif di bawah kementerian berkenaan berjalan dengan lancar dan efektif bagi menjamin kesejahteraan rakyat.