Arteta kembalikan karakter sebenar Arsenal

Iklan
Petit mengakui kehadiran Arteta (kanan) kembali menghidupkan karakter dan semangat pemain-pemain Arsenal.

ARSENAL kembali menemui karakter sebenar mereka selepas mengekalkan momentum positif di bawah kendalian Mikel Arteta dalam mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas tonggak The Gunners, Emmanuel Petit berkata, Arteta berjaya mengembalikan gaya permainan Arsenal sebenar tidak seperti semasa era Unai Emery.

Iklan
Iklan

"Secara jujur biarpun terdapat segelintir pihak yang masih meragui kemampuan Arteta mengembalikan semula Arsenal dalam kelompok empat terbaik berdasarkan prestasi tidak konsisten.

"Tapi saya yakin wujud petanda positif dalam gaya permainan Arsenal yang berjaya diterapkan Arteta selari dengan falsafah kelab ini,” kata bekas pemain tengah The Gunners berusia 49 tahun itu.

Iklan

Kelab dari London itu kini menduduki tangan ke-10 liga dengan mengumpul 31 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

Emery, bekas pengendali Paris St Germain dari Sepanyol dipecat selepas 18 bulan mengendalikan Arsenal setelah kelab itu mengharungi prestasi buruk musim ini.

Iklan

Tambah Petit, Arteta tiba ke Emirates ketika The Gunners dalam keadaan tidak stabil selepas pemecatan Emery.

"Arsenal berada dalam keadaan sakit ketika Arteta mengambil alih jawatan pengurus.

"Arsenal tidak hanya sakit di padang tetapi juga di bilik persalinan menyebabkan kelab hilang arah,” katanya.