NEW YORK - Kes pneumonia ringan semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak di wilayah Washington DC, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik The Washington Post pada Jumaat yang memetik pakar pediatrik dan pegawai kesihatan awam.
"Penyebaran bakteria"Mycoplasma pneumoniae" menjadi punca peningkatan kes 'walking pneumonia', satu istilah yang digunakan oleh petugas kesihatan untuk merujuk kepada penyakit yang lebih ringan berbanding pneumonia yang lebih serius," menurut laporan itu.