DBKL sita 27 premis tak bayar cukai taksiran lebih RM600,000

Iklan
Operasi sita dijalankan selepas pemilik premis gagal menjelaskan cukai taksiran DBKL.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi sita terhadap 27 premis yang gagal menjelaskan cukai taksiran membabitkan jumlah hutang melebihi RM600,000.

DBKL memaklumkan, pelbagai peringatan dan peluang telah diberikan terhadap pemilik premis sebelum tindakan penguatkuasaan itu dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi pada Rabu lalu di Parlimen Bandar Tun Razak dilakukan untuk memastikan penghutang tegar cukai taksiran lebih bertanggungjawab.

Antara premis yang diambil tindakan sita selepas gagal menjelaskan cukai taksiran.

"DBKL boleh menyita barangan menerusi Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Iklan

"Jika masih gagal, langkah seterusnya adalah menahan dan menjual pegangan (Seksyen 151).

"Semua kos operasi pula akan ditanggung oleh pemilik atau penyewa yang liat membayar hutang," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Peringatan telah diberikan kepada pemilik premis sebelum tindakan penguatkuasaan dijalankan.

Iklan

Justeru DBKL menasihati pemilik premis bertanggungjawab membayar cukai taksiran mengikut masa ditetapkan.

"Ini demi kebaikan bersama. Bila ditangguh makin banyak dan semakin membebankan.

"Terima kasih kepada yang patuh. Untuk yang masih beralasan, kami akan terus datang sampai selesai," katanya.