Tragedi kepala air: Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas

Iklan
Lebih 100 ahli keluarga, kenalan serta sahabat handai hadir mengiringi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Suhaili yang disemadikan bersebelahan pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah pada Sabtu. Lebih 100 ahli keluarga, kenalan serta sahabat handai hadir mengiringi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Suhaili yang disemadikan bersebelahan pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah pada Sabtu.
Lebih 100 ahli keluarga, kenalan serta sahabat handai hadir mengiringi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Suhaili yang disemadikan bersebelahan pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah pada Sabtu.

BANDAR BAHARU - Mangsa lemas dalam tragedi kepala air, Suhaili Mat Saad, 47, sempat menghantar swafoto berlatarbelakangkan sungai dengan arus yang menggerunkan.

Perkara itu dikongsikan adiknya, Ruhaili Mat Saad, 43, mengenai kenangan akhir bersama arwah kakaknya yang mesra dipanggil Kak Chik selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tidak terluah dengan kata-kata untuk menghalang arwah daripada melakukan aktiviti itu sedangkan selama ini dia dijaga daripada melakukan sukan lasak.

Tambahan pula katanya, kakaknya sangat teruja untuk mengikuti program ‘team building’ anjuran agensi tempatnya bekerja apabila datang meminjam beg pakaian dan tidur awal supaya tidak terlambat.

Iklan

"Malam sebelum kejadian saya ke rumah mak, masa itu Kak Chik dah tidur. Kami tahu dia akan ke program di Perak tetapi masa itu ingat di Gua Tempurung tetapi tidak sangka di Gopeng.

"Ketika Kak Chik hantar gambar selfie tidak ada siapa pun komen sehinggalah saya mendapat panggilan telefon kira-kira jam 6.30 petang, petugas perubatan minta saya memanggil nama kakak saya dan memberikan kata-kata semangat malah saya terus bercakap selama kira-kira 30 minit.

Iklan

"Bagaimanapun, panggilan kemudiannya terputus dan apabila saya dihubungi sekali lagi, mereka memaklumkan arwah gagal diselamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah di sini, pada Sabtu.

Suhaili merupakan salah seorang daripada tiga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika menyertai aktiviti berakit meredah jeram di Sungai Jahang, dekat Gopeng, Perak pada Jumaat.

Selain Suhaili, Penolong Jurutera Kanan JKR Daerah Langkawi, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37, dan Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Daerah Langkawi, Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, turut maut dalam kejadian terbabit.

Jenazah Suhaili selamat dikebumikan kira-kira jam 11.15 pagi.

Sebelum itu, jenazah tiba di pekarangan Masjid Al Irfan untuk disembahyangkan pada jam 10.58 pagi.

Lebih 100 ahli keluarga, kenalan serta sahabat handai hadir mengiringi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah itu yang disemadikan bersebelahan pusara ayahnya.