Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan pergaduhan di Terminal 1, KLIA melibatkan dua individu, Ahad lalu. Pergaduhan itu bagaimanapun berjaya ditangani anggota keselamatan bertugas dan orang ramai.

SEPANG - Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca pergaduhan antara individu dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, laporan berkaitan insiden berkenaan dibuat salah seorang individu terbabit.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.

"Kejadian mengakibatkan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua individu itu akibat kelewatan masuk untuk mendaftar penerbangan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, kejadian mengakibatkan petugas syarikat penerbangan itu mengalami kecederaan ringan.

"Siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar serta palsu," katanya.

Tegasnya, tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu tular satu video memaparkan pergaduhan di Terminal 1, KLIA melibatkan dua individu.

Kejadian itu bagaimanapun berjaya ditangani anggota keselamatan bertugas dan orang ramai.