Suspek kes samun cedera ditembak

Iklan
Pasukan forensik sedang melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian di Batu5, Gombak.

GOMBAK - Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai suspek kes samun bank di Sungai Buloh, cedera ditembak anggota polis di Batu 5, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, polis mengekori suspek yang melarikan diri dengan motosikal pada jam 9.30 malam.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengarahkan suspek memberhentikan motosikalnya, namun lelaki itu bertindak agresif.

"Suspek melanggar motosikal seorang anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan pada kaki dan tangan kiri anggota itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Iklan

Shafa’aton berkata, pihak polis melepaskan dua das tembakan mengenai bahagian kaki kanan suspek.

"Suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil," katanya.

Iklan

Menurutnya, polis turut menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.

"Suspek juga dipercayai terbabit dengan kes samun bank di kawasan Sungai Buloh bersama lima lagi rakannya yang sudah ditahan sebelum ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.