Polis siasat surat palsu guna nama TPM

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kes penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan kes itu diterima pihaknya di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Katanya, laporan itu dibuat oleh pegawai keselamatan Fadillah.

"Kes itu disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengikut Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan," katanya pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan laporan polis dibuat selepas seorang kakitangan awam memaklumkan kepada Fadillah menerusi WhatsApp selepas terbaca dua surat berkepala rasmi Jabatan Perdana Menteri di pejabat agensi kerajaan di Kuching, Sarawak, Selasa lalu.

Surat berkenaan memetik nama Fadillah namun tiada tandatangannya dan menawarkan pelbagai jawatan serta kelulusan kuarters kerajaan yang disebarkan individu yang menyamar sebagai pegawai kepada Fadillah.

Iklan

Berikutan itu, pada Khamis, Fadillah dalam satu kenyataan menafikan pihaknya mengeluarkan surat pelantikan individu sebagai pegawai di pejabatnya.