Budak lelaki jatuh longkang ditemui meninggal dunia

Iklan
Mangsa ditemukan pada jam 5.10 petang oleh anggota bomba iaitu 3.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, mangsa ditemukan pada jam 5.10 petang oleh anggota bomba iaitu 3.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Iklan
Iklan

"Pasukan Keluaran Operasi membuat pencarian menggunakan sebuah bot di sekitar Sungai Danga selain sebuah jentera Fire Rescue Tender dan dua utiliti dengan kekuatan 12 anggota serta lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air.

"Operasi mencari dan menyelamat ini turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam dengan masing-masing tujuh anggota,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Iklan

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ketika kejadian, mangsa serta dua rakan lelaki berumur tujuh dan lapan tahun bermain air di tepi longkang berhampiran lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ke arah longkang besar berhampiran sebuah pasar raya. - Bernama

Iklan