Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya

Iklan
Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya di sini pada 12 Oktober lepas ditahan dalam serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di Petaling Jaya dan Subang Jaya susulan laporan seorang lelaki tempatan yang mendakwa disamun seorang daripada suspek.

Iklan
Iklan

"Kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar dokumen, pembeli emas dan pembantu kedai emas dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

"Semasa serbuan turut dirampas beberapa barang kemas dan resit pembelian emas serta sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Wan Azlan berkata, seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.

"Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes ragut di Subang Jaya dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek di daerah lain,” katanya. - Bernama

Iklan