Tak kan nak ugut etnik sendiri: Bob Manolan

Iklan
Bob Manolan

KUALA LUMPUR - Senator PKR, Bob Manolan Mohd tampil menjernihkan keadaan berhubung kata-katanya yang ditafsirkan sebagai ugutan terhadap tok batin di Cameron Highlands.

Menurut Bob Manolan, kenyataan beliau sebenarnya ditujukan kepada tok batin yang masih menjawat jawatan dalam Umno.

Iklan
Iklan

"Merujuk kepada dialog tersebut, kenyataan sebenar saya adalah merujuk kepada peranan tok batin yang tidak seharusnya memegang jawatan tok batin dan pada masa yang sama mengambil jawatan di dalam parti Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar mahu Bob Manolan beri penjelasan]

Iklan

"Tok batin yang menjalankan aktiviti politik dan partisan Umno dan pada masa yang sama menerima elaun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai tok batin merupakan satu percanggahan kepentingan atau ‘conflict of interest’," katanya.

Bob Manolan ketika dihubungi Sinar Harian menambah, perkara ini timbul apabila ada soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang tok batin di situ yang bertanya, siapakah yang membayar elaun mereka?

Iklan

"Saya katakan bahawa elaun tok batin dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri.

"Memandangkan elaun tok batin dibayar oleh Kerajaan Pusat maka, kepada tok-tok batin yang masih sayang jawatan mereka sebagai Ketua Cawangan Umno bolehlah letak jawatan sebagai tok batin,” jelasnya mengulangi apa yang dikatakan di dalam program itu.

Malah katanya, dalam keseluruhan kenyataan tersebut, beliau tidak pernah menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, ataupun"no vote, no pay”.

Bob Manolan menambah, tok-tok Batin yang dilantik oleh menteri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berperanan untuk membawa suara Orang-orang Asli dari kawasan masing-masing.

"Jadi adalah logik dan rasional untuk mereka untuk sealiran dengan aspirasi dan dasar Kerajaan PH, yang ingin membawa perkhidmatan sebaiknya dan perhatian khususnya isu masyarakat orang asli melalui agensi-agensi terbabit terutamanya Jakoa.

"Oleh itu, dalam usaha memartabatkan demokrasi, PH mengambil langkah untuk memastikan PRK Cameron Highlands ini dapat dijalankan tanpa sebarang campur tangan Kerajaan Persekutuan, tidak kira dalam sebarang bentuk yang mungkin mempengaruhi pengundi di Cameron Highlands,”ujarnya.

Menurut Bob Manolan lagi, harus diingatkan bahawa punca berlakunya PRK Cameron Highlands yang bakal diadakan ini adalah disebabkan oleh penyelewengan dan kegiatan rasuah oleh calon BN yang memenangkan kerusi PRU14.

Selain itu, Bob Manolan berkata, beliau ialah pejuang nasib Orang Asli, jadi adalah tidak relevan menuduh beliau mengugut dan menganiaya etniknya sendiri.