Tukar perkakas rumah lama kepada gajet baharu
Iklan
SHAH ALAM - Syarikat jualan produk elektrik dan elektronik, Senheng Malaysia melaksanakan inisiatif menukar perkakas lama kepada gajet baharu bagi menyokong pelupusan bahan buangan e-waste secara teratur.
Presiden Senheng, KC Lim berkata, program berimpak tinggi iaitu Senheng E-Waste Recycling Programme atau take back programme selari dengan konsep ESG yang bertujuan mempromosikan kelestarian di negara ini.