Seorang maut, 28 cedera bangunan runtuh di Tanzania

Iklan
Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam bangunan runtuh di pinggir bandar Kariakoo Dar es Salaam, Tanzania. Foto Xinhua

DAR ES SALAAM - Seorang maut dan 28 yang lain cedera apabila sebuah bangunan empat tingkat runtuh di pinggir bandar Kariakoo di Dar es Salaam, bandar pelabuhan Tanzania, umum Perdana Menteri Kassim Majaliwa pada Sabtu, lapor Xinhua.

Bercakap di lokasi kejadian, Majaliwa berkata, operasi menyelamat yang dikendalikan oleh polis, pasukan keselamatan dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanzania sedang giat dijalankan.

Iklan
Iklan
Mangsa yang diselamatkan melaporkan masih terdapat lebih ramai orang yang terperangkap di bawah runtuhan. Foto Xinhua

"Beberapa saudara mara masih berhubung dengan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan melalui telefon bimbit.

"Semasa saya berada di sini, saya mendengar seorang daripada mangsa yang diselamatkan melaporkan bahawa masih terdapat lebih ramai orang yang terperangkap di bawah runtuhan," katanya.

Iklan
Bangunan yang menempatkan kedai dan perniagaan lain runtuh sejurus selepas kerja pembinaan untuk meluaskan ruang perniagaan bawah tanah dimulakan. Foto Xinhua

Presiden Samia Suluhu Hassan menyampaikan ucapan takziah kepada Pesuruhjaya Wilayah Dar es Salaam Albert Chalamila dan menyeru agar usaha menyelamat dipercepatkan sebagai respons terhadap tragedi itu.

Menurut saksi, bangunan yang menempatkan kedai dan perniagaan lain runtuh kira-kira 9 pagi waktu tempatan (0600 GMT), sejurus selepas kerja pembinaan untuk meluaskan ruang perniagaan bawah tanah dimulakan. Bernama-Xinhua

Iklan