60 juta tonton pertarungan Jake Paul, Mike Tyson

Iklan
Pertarungan Jake Paul (kiri) dan Mike Tyson meraih 60 juta tontonan di Netflix. Foto AFP

PLATFORM perkhidmatan penstriman Netflix memaklumkan pertarungan antara Jake Paul dan Mike Tyson telah berjaya meraih 60 juta tontonan dari seluruh dunia.

Pertarungan antara Paul yang merupakan seorang pempengaruh media sosial berusia 27 tahun yang bertukar karier ke sukan tinju menentang bekas juara heavyweight berusia 58 tahun sememangnya telah mendapat perhatian dunia sejak beberapa minggu sebelum ini.

Iklan
Iklan

Dalam pertarungan tersebut, Paul berjaya menewaskan Tyson menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision), selepas lapan pusingan yang disiarkan disiarkan secara langsung di Netflix.

Netflix berkata, maklumat tambahan termasuk jumlah penonton akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang dengan platform itu mempunyai 280 juta pelanggan di seluruh dunia.

Iklan

"Acara tinju mega ini mendominasi media sosial dan memecahkan rekod," kata Netflix dalam kenyataan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa gangguan semasa siaran langsung perlawanan itu, dengan lebih 90,000 pengguna melaporkan masalah tersebut.

Iklan

Namun, ia berjaya diperbaiki selepas gangguan yang berlangsung kira-kira 6 jam di Amerika Syarikat.