Pengunjung beriadah berlatarkan pemandangan awan gelap berikutan fasa peralihan Monsun Timur Laut ketika tinjauan di Pantai Kekabu, Marang, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa pada 19 hingga 22 November. Foto Bernama