Sebuah jengkaut melonggokkan 'balak' pokok getah bagi penanaman semula pokok baharu ketika tinjauan di Lubuk Musang, Kuala Krai, hari ini.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menggalakkan balak pokok getah lama dimanfaatkan kerana ia berpotensi menjana pendapatan lumayan.
Iklan
Iklan
Terdapat kira-kira 420,000 hektar kebun getah yang dimiliki pekebun kecil melibatkan pokok getah matang dan tidak lagi mengeluarkan hasil.
Balak pokok getah yang ditebang bagi penanaman pokok baharu boleh dijadikan 'timber’ bagi menjana pendapatan sampingan.
Timber atau bahan kayu ini boleh dijadikan bahan membuat perabot yang boleh dijual sebelum proses treatment (tanam semula) dilakukan. Foto Bernama