Rakyat Kelantan mahu lebih banyak premis tawar khidmat e-Tunai

Iklan
E Tunai Rakyat

KOTA BHARU - Rata-rata penduduk Kelantan terutama di bandar ini menyambut baik penggunaan e-dompet (e-Wallet) agar dapat berbelanja tanpa tunai tapi pada masa yang sama premis jualan terutama kedai runcit atau pasar raya mini perlu menawarkan khidmat pembayaran secara elektronik itu.

Menurut mereka, walaupun penggunaan e-dompet satu langkah bijak namun jika masih banyak premis masih mengamalkan pembayaran secara tunai, langkah itu tetap tidak berkesan kerana mereka masih perlu membawa wang tunai.

Iklan
Iklan

"Penggunaan e-dompet memang mudah bagi saya selain ia selamat sebab tidak membawa wang tunai dan dapat mata ganjaran, tapi kalau tak banyak premis yang tawarkan pembayaran elektronik itu pun tidak menyelesaikan masalah juga,” kata Muhammad Aidiel Asyraaf Zabidi, 22, kepada Bernama.

Katanya, ketika ini dia hanya boleh menggunakan e-dompet seperti di kedai serbaneka 7 Eleven atau di pasar raya dan kiosk tertentu, tetapi menganggap ia masih tidak mencukupi.

Iklan

"Kalau di 7 Eleven, harganya mahal dan pasar raya pula bukan 24 jam dibuka dan mahu atau tidak saya kena gunakan juga wang tunai untuk ke pasar raya mini yang banyak dibuka sehingga 24 jam dan sudah tentu dalam masa berkenaan ia agak berbahaya untuk membawa wang tunai,” katanya.

Bagi seorang suri rumah, Fatimah Hassan 52, penggunaan e-dompet disifatkan sukar bagi dirinya dan penduduk kampung yang tidak mahir menggunakan teknologi dalam telefon bimbit.

Iklan

"Kakak guna telefon ni pun yang lama dan guna prepaid (pra bayar) dan macamana kakak nak guna kalau tidak bawa wang tunai,” katanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya.

Seorang penjawat awam, Wan Mohd Zaidi Wan Hussin, 40, bagaimanapun, memuji kaedah pembayaran secara elektronik namun pihak berkaitan perlu memberikan lebih penerangan dengan cara penggunaannya.

"Saya percaya aplikasi seperti ini akan lebih mendapatkan perhatian pada masa hadapan manakala pihak kerajaan perlu memberi penerangan lebih jelas mengenai penggunaannya dengan menyatakan mata ganjaran yang akan diperoleh,” katanya.

Katanya, orang ramai perlu memanfaatkan pelaksanaan inisiatif e-Tunai Rakyat oleh kerajaan mulai 15 Januari lalu bagi menggalakkan penggunaan e-dompet serta pembayaran digital untuk transaksi yang lebih selamat.

Di bawah program e-Tunai Rakyat, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada EM100,000 setahun layak menerima pemberian RM30 daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Tengku Zainal Abidin Tengku Puteh, 42, pula berpendapat penggunaan e-dompet patut digalakkan kerana boleh mendapat mata ganjaran pada setiap kali penggunaannya.

"Bila saya guna, saya akan dapat mata ganjaran dan boleh ditebus apabila cukup syaratnya dan ini yang saya suka,” katanya. - Bernama