Hasrat remaja terlantar bertemu DJ Pak Do tercapai

Iklan
Pak Do (kanan) dan Shaheezam bertanya khabar Muhammad Zaim Zafran ketika melawat remaja itu di Kampung Keroh.

KUALA KRAI - Remaja terlantar lebih enam tahun lalu tidak lena tidur selepas mendengar pengumuman seorang penyampai radio (DJ) KELANTANfm yang sangat diminati berhasrat mengadakan lawatan ke rumahnya.

Sebaik mendengar pengumuman penyampai berkenaan, Sumardi Hamat, kira-kira jam 5.30 petang Sabtu lalu, Muhammad Zaim Zharfan Zamri, 14, terus memaklumkan ibunya, Rosnah Saari, 39.

Iklan
Iklan

Muhammad Zaim Zharfan yang memang gemar mendengar radio turut terkejut dengan pemberitahuan itu dan tidak sabar bertemu Sumardi atau lebih dikenali sebagai Pak Do.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan remaja itu tidak dapat menikmati kehidupan sebagaimana rakan sebayanya akibat masalah tumbesaran atau Achondroplasia yang menyebabkan gangguan pertumbuhan tulang atau kerdil.

Iklan

Lebih menyedihkan, Muhammad Zaim Zafran bergantung kepada mesin pernafasan seumur hidup selain diuruskan oleh kedua ibu bapa seperti seorang bayi.

Muhammad Zaim Zafran teruja bertemu Pak Do.

Anak sulung daripada lima beradik itu juga teruja selepas dimaklumkan akan dibawa ke konti radio KELANTANfm jika masalah kesihatannya semakin baik.

Iklan

"Saya mahu melihat sendiri keadaan dalam konti dan berharap dapat pergi ke sana," katanya.

Sementara itu, Pak Do ketika ditemui memberitahu tidak mengambil masa lama membuat persiapan selepas dimaklumkan hasrat Muhammad Zaim Zafran itu.

"Kami terharu apabila Muhammad Zaim Zafran boleh mengingati bukan sahaja semua segmen di KELANTANfm, malah nama penyampai di saluran radio ini," katanya.

Pak Do yang juga Penyelia Siaran sudah lebih 15 tahun berpengalaman sebagai penyampai berita berkata, menerima banyak undangan untuk bertemu peminat dan seboleh mungkin tidak akan menghampakan permintaan itu.

"Kami juga berharap Muhammad Zaim Zafran cepat sembuh dan keluarganya tabah menerima ketentuan ALLAH SWT," katanya.

Sebelum itu Pak Do bersama Pengarah RTM Kelantan, Shaheezam Said menyantuni keluarga remaja berkenaan dan menyampaikan bakul makanan serta barangan keperluan peribadi termasuk lampin pakai buang.

Lawatan itu juga antara program khas sempena sambutan ulang tahun ke-61 KELANTANfm selain beberapa aktiviti bersama peminat radio itu.