Lelaki maut kena serangan jantung ketika memandu, kereta langgar pembahagi jalan

Iklan
Seorang lelaki maut disyaki akibat serangan jantung setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut disyaki akibat serangan jantung setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 8 Lebuhraya Iskandar Sultan (arah Iskandar Puteri), pada awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 3.50 pagi di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun bersama isteri (48 tahun), hilang kawalan.

"Akibatnya, kereta berkenaan terbabas melanggar batu pembahagi jalan dan masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

Iklan

"Dalam kemalangan itu, isteri mangsa tidak cedera, sementara mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diharap dapat menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Ong Jon Siong di talian 011-16490168.