Remaja hilang ketika mandi Sungai Jeram Badoh ditemukan lemas

Iklan
Jenazah remaja lelaki 14 tahun ditemui lemas di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Batu Anam, Segamat, pada tengah hari Ahad.

SEGAMAT – Remaja lelaki hilang selepas dibawa arus ketika mandi bersama 19 rakannya di Sungai Jeram Badoh, Buloh Kasap di sini pada Jumaat ditemui lemas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa Muhammad Idham Abd Kadir yang berusia 14 tahun ditemukan pada jam 12.05 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Mayat remaja berkenaan ditemukan tersangkut pada akar-akar pokok di dalam sungai Jeram Badoh dengan jarak 450 meter dari tempat mangsa dihanyutkan arus.

"Pemeriksaan polis mendapati mayat masih berseluar trek tanpa baju sebagaimana keterangan rakan mangsa yang sama-sama ke lokasi kelmarin,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ahmad Zamry berkata, mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk tujuan bedah siasat dan proses pengecaman mangsa sebelum diserahkan kepada keluarga.

Susulan itu ujarnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga ditamatkan pada jam 2 petang.

Iklan