[VIDEO] MIHAS@Dubai 2024: Tumpuan dunia terarah ke Malaysia

Iklan

DUBAI - Tumpuan dunia terarah ke Malaysia melalui kehadiran 20 pembeli premium pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @Dubai 2024 di Pusat Dagangan Dunia Dubai menerusi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bermula Isnin ini.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, MIHAS@Dubai 2024 yang julung kali diadakan di luar Malaysia dilihat sebagai landasan terbaik oleh pempamer dari Malaysia untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Penyertaan syarikat-syarikat dalam kategori Pembeli Premium ni akan menjadi platform kepada syarikat-syarikat pengeksport di Malaysia utk menembusi pasaran-pasaran yang mungkin sukar untuk ditembusi secara persendirian.

"Barangkali dengan adanya program (INSP) seperti di MIHAS, ia dapat menjadi"batu loncatan” kepada syarikat-syarikat Malaysia ini untuk melakukan lonjakan yang lebih tinggi (dalam perniagaan),” katanya pada sidang media bersempena program MIHAS@Dubai 2024 di sini, pada Isnin.

Iklan
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengadakan sidang media mengenai pameran MIHAS@DUBAI yang bermula esok hingga 20 November di Pusat Dagangan Dunia Dubai, di sini.

Sementara itu, Reezal berkata, pengiktirafan yang diperoleh dari badan-badan pengiktirafan antarabangsa seperti Guinness World Record, World Trade Promotion Organisation (WTPO) dan UFI (the Global Association of the Exhibition Industry) telah memudah carakan pengajuran MIHAS@Dubai 2024 ini.

"Bila MIHAS dah ada branding, bukan hanya pempamer nak sertai tapi pembeli juga mahu datang, sebab mereka tahu MIHAS ni sebuah program pameran perdagangan yang credible, berprestij telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Iklan

"Kalau takde branding MIHAS kuat sukar kita nak bawak pembeli-pembeli tersohor daripada luar negara untuk datang. Kalau tak dapat bawa pembeli-pembeli mana mungkin kita dapat melonjakkan eksport di kalangan pengeksport,” katanya.

Reezal (lima dari kiri) bersama barisan petugas media tempatan selepas sidang media, di sini pada Ahad.

MIHAS@Dubai 2024 anjuran MATRADE dijadualkan akan berlangsung selama tiga hari bermula 18 November, 2024, bersama-sama Ekspo Organik dan Produk Asli Timur Tengah (MENOPE) yang dinaungi oleh Kementerian Perubahan Iklim dan Alam Sekitar UAE.

Pameran tersebut bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mana beliau akan turut bertemu dengan pihak berkepentingan dalam sektor halal UAE sebagai usaha mempromosi dan menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.

Bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, MIHAS@Dubai 2024 bakal menampilkan sebanyak 250 syarikat tempatan dari pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik dan gaya.