Wujud badan khas cegah aktiviti penjualan rokok seludup

Iklan
Kerajaan perlu mewujudkan satu badan khas yang dapat mengawal selia tugas penguat kuasaan bagi mengelak ketirisan cukai akibat aktiviti penyeludupan. Gambar kecil: Mahathir Md Rais

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan satu badan khas yang dapat mengawal selia tugas penguat kuasaan bagi mengelak ketirisan cukai akibat aktiviti penyeludupan.

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Md Rais berkata, ini kerana isu penjualan rokok seludup secara berleluasa dilihat seperti tiada kesudahannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bahan berkenaan boleh didapati dengan mudah dengan penjualannya juga semakin berani dibuat secara terbuka.

"Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu menjalin kerjasama dengan jabatan penguatkuasaan lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membanteras aktiviti berkenaan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Illicit Cigarette Studys 2023 (ICS) bahawa rokok haram di negara kini menguasai 55.6 peratus pasaran, dengan anggaran 8.9 bilion batang rokok haram dijual berbanding hanya 7.1 bilion batang rokok yang sa.

Jelasnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana kerajaan kerugian RM5 bilion setahun kerana rokok haram ini dijual pada harga jauh lebih murah, sekitar RM4 hingga RM8 sekotak, berbanding harga minimum rokok sah pada RM12

Iklan

"Pelaksanaan sistem setem cukai yang dimulakan pada tahun 2016 bertujuan memantau bekalan rokok dan mengurangkan ketirisan cukai juga menunjukkan beberapa kelemahan.

"Pihak berkuasa terbukti menghadapi kesukaran memastikan jumlah setem cukai yang dikeluarkan bersesuaian dengan kuantiti sebenar yang dilaporkan oleh pengilang dan pengedar.

"Ketiadaan nombor siri unik pada setiap setem cukai juga memudahkan pemalsuan, membolehkan setem digunakan semula atau dipalsukan dengan mudah,” katanya.

Tambahnya lagi, JKDM juga perlu sistem pengesahan digital yang lebih efisien termasuk membanteras pengaruh kronisme agar setiap usaha yang diambil benar-benar berkesan.

"Mahathir berkata, rakyat harus tidak dibebankan dengan cukai tambahan atas kelemahan kerajaan yang perlu mencari jalan untuk mengutip semula berbilion ringgit yang hilang.