Petronas mampu cari sumber baharu
Iklan
SHAH ALAM - Di sebalik penyusutan 50 peratus pengeluaran minyak dan gas di Semenanjung serta rancangan kerajaan negeri Sarawak untuk mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli menerusi Petros, pakar berpendapat pendapatan Petronas tidak akan terjejas dengan ketara kerana syarikat gergasi itu mampu mencari sumber-sumber baharu.
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, hasil kewangan negara termasuk bayaran dividen kepada kerajaan juga tidak berdepan dengan masalah sama.