Pertembungan Malaysia-India bakal saji aksi menarik

Iklan
Sandesh Jhingan (dua dari kiri) dijangka mengetuai barisan pertahanan India menjelang aksi persahabatan menentang Malaysia di Hyderabad.

INDIA dan Malaysia akan bertemu untuk kali ke-33 dalam perlawanan bola sepak antarabangsa di Stadium GMC Balayogi Gachibowli di Hyderabad pada Isnin.

Perlawanan persahabatan ini menambah satu lagi babak dalam persaingan bola sepak yang paling lama bertahan antara India dan Malaysia sejak pertembungan pertama pada tahun 1957.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pasukan pertama kali bertemu dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur, di mana India meraih kemenangan 3-0.

Sejak itu, mereka telah bertemu 32 kali, menjadikan Malaysia lawan yang paling kerap dihadapi oleh India.

Iklan

India dan Malaysia masing-masing mencatatkan 12 kemenangan termasuk lapan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Pertemuan terbaharu India-Malaysia adalah dalam separuh akhir Kejohanan Pestabola Merdeka 2023, di mana skuad Harimau Malaya meraih kemenangan 4-2.

Iklan

Walaupun perlawanan di Hyderabad sekadar aksi persahabatan, namun ia memberi signifikan kepada India dan Malaysia kerana kedua-dua pasukan melihatnya sebagai persediaan penting untuk Kelayakan Piala Asia yang akan bermula pada Mac tahun hadapan.

Walaupun Malaysia tidak dapat mengatasi India dalam ranking Persekutan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum undian kelayakan, perlawanan ini akan menguji kesiapsiagaan mereka menghadapi cabaran yang sukar.

India yang menduduki ranking ke-125 dan Malaysia yang berada di ranking ke-133, telah menunjukkan prestasi positif dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

Malaysia hadir di Hyderabad selepas kemenangan 3-1 ke atas Laos, manakala India baru-baru ini mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Vietnam.

Skuad India menyenaraikan sembilan pemain dari pertemuan mereka yang lalu dengan Malaysia, termasuk Gurpreet Singh Sandhu, Sandesh Jhingan dan Lallianzuala Chhangte.

Malaysia pula mengekalkan 14 pemain dari perlawanan tersebut, termasuk Dion Cools dan pemain sayap muda Arif Aiman Hanapi yang memainkan peranan penting dalam pasukan.

Kedua-dua pasukan kini dikendalikan oleh jurulatih dari Sepanyol.

Manolo Márquez dan Pau Martí Vicente membawa kepakaran taktikal dan saling mengenali antara satu sama lain berdasarkan pengalaman mereka di Sepanyol.

Márquez sebelum ini memuji pendekatan Pau Martí, sambil menyifatkan perlawanan di Hyderabad sebagai perlawanan yang sukar untuk kedua-dua pasukan.